Sebelum sekolah ini dibuka, ibu bapa yang tinggal di Kampung Kedondong dan kampung-kampung sekitarnya seperti Kampung Kerasak, Pangkal Danan, Pangkal kala, Apa-Apa, Kenak, Penggu, Bechah Semak dan Kubang Batang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti atau sekolah-sekolah menengah di sekitar Pasir Mas untuk meneruskan pengajian ke peringkat menengah.
Sekolah-sekolah tersebut letaknya tidak kurang daripada 5 KM atau 8 KM dari kampung para pelajar. Oleh hal yang demikian, masalah pengangkutan pelajar pada masa itu adalah lemah, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan kemudahan pengangkutan awan yang menghubungkan kampung-kampung mereka.
Masa berlalu, zaman turut berubah. Atas rayuan dan desakan para penduduk tempatan, dengan sikap prihatin dan sokongan para pemimipn politik dan kerajaan, sebuah sekolah telah dibina di atas kawasan seluas 22 ekar di Kampung kedondong, Pasir Mas. Jesteru, sekolah ini diberi nama Sekolah menengah Kebangsaan Kedondong ( SMKKd ).
Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong mula beroperasi pada 1 Disember 1992. Tn Hj abdullah Bin Hussain telah dilantik sebagai Pengetua yang pertam bersama-sam dengan 12 orang guru penolong dan 5 orang kakitangan sekolah. Manakala murid-murid di ketiak itu seramai 24 orang dari tingkatan 2 dab 114 orang dari tingkatn 1.
Selepas dua tahun sekolah itu dibukA, SMK Kedondong telah mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan pepriksaan PMR 1993 buat pertama kalinya dengan mendapat JOHAN PMR peringkat negeri Kelantan ( Kategori Sekolah Luar Bandar ).
Masyarakat sekitar mulai sedar dengan kejayaan awal sekolah ini dan bertambah ramailah ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Seterusnya pada tahun 2007 , sekali lagi SMK Kedondong menerpa kejayaan cemerlang tiga tahun berturut-turut dalam peperiksaan PMR dengan memenangi hadiah Lonjakan Saujana PMR dan telah dianugerahkan sebagai Seko lah Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia 2007.
CONVERSATION